Salam...
Nak citer skit arr pasal kisah legion CrimsonExiles ni dulu2...
Yg aku masih ingat lah waktu leg ni masih noob dulu.
Dulu aku slalu on, kira2 tahun lepas arr. Sehari aku on lebih kurang 12 jam arr.
Ada ler masa nak bersama ngan bdk2 leg ni. Tp skang ni aku dah jarang on dah pasal sibuk keje jer. Sehari cuma on sejam dua jer. Melainkan ari cuti.
Ikutilah kisah kat bawah ni sambil dgr lagu Avenged Sevenfold (Seized The Day)...
Chapter 1:
Citer skit pasal leg CE ni, yg aku ingat larr...
Leg ni diasaskan oleh XxnizalxX dan rakannya Mombok(nama id dlm game). Idea utk menubuhkan leg yg bernama CrimsonExiles ini datangnya drpd Mombok. Nizal adalah ketuanya sblm kemasukan lebih ramai org2 penting iaitu WindshadoW, Nates, R-King, gAnDaLf_GrEy dan lain2. X pasti bila tarikh betul leg ni ditubuhkan. Aku, Nates, WindshadoW dan gAnDaLf_GrEy ada kat dlm leg ni sejak leg ni tahap 1 lagi.
Xxnizalxx's Warrior Paladin Level 142 at acme. Juga Ketua CrimsonExiles kat sana.
XxnizalxX menyerahkan pangkat ketuanya kepada Nates bila umurnya hampir mencecah lvl 100. Masa tu lvl aku ngan Nates lebih kurang lvl 90++ kot. Pangkat aku masa tu Naib. Nates pun sama. Pastu Nizal terus quit main JO dah sampai skang. Tinggallah aku, Nates, WindshadoW ngan yg lain2 kat leg ni sampailah leg ni mencapai tahap lvl 10. Tak pasti saper lagi nama2 yg ader waktu leg ni tahap 1 dulu.
Chapter 2:
Dulu leg ni aman damai. Dari tahap 1 sampai tahap 10 takderlah musuh yg kuat2 sampailah -Revolution- add musuh. Dulu penah gak musuh ngan BioWarrior, Bad Company, -KELATE- dan pahlawan_melaka. Tapi masa tu biomert ngan Houjie taklah kuat sgt, aku, Nates ngan gAnDaLf_GrEy leh makan gak derang tu. Tempat favourite kitorang hunt musuh ialah kat DarkMarsh. gAnDaLf_GrEy paling suka pk org masa tu. Tapi kalau Nates turun bersepah arr sumer musuh2. Huhu...
Gambar kat bawah ni menunjukkan 2 gandingan Naib yg begitu terhormat skali sedang memburu ketua BioWarrior...Aku masih ingat lg. Huhu...
Chapter 3:
Citer skit pasal undang2 leg ni. Dulu ketua leg ni mmg tegas orangnya. Naib2 nya pun sama ler demi membentuk sebuah leg yg kuat, aman dan disegani. Asal ada org report ahli2 leg ni yg scam, gaduh sesama sendiri, pk atau ks sesuka hati terutamanya terhadap leg sekutu...paling teruk kena kick terus dr leg. Penah skali ada sorang naib tu kena kick. Huhu...tu dululah. Tp skang lain. Sumer dah berubah. Aku x nampak langsung ketegasan ketua leg ni skang. Ahli2 nya bebas wat aper jer skang. Ketua pun dah jarang on skang. Sebagai contoh, sorang Jeneral leg ni skang. Kaki ks sampai mangsanya siap broadcast maki hamun dia lg. Sekutu lak tu. Tak leh bg tau nama dia. Saper makan cili dia terasa pedas...Huhu...
Lg satu pasal kes aku ngan WindshadoW kuar leg. Lepas berlakunya kejadian tu esoknya aku masuk ke dewan leg utk jumpa ngan Nates bersama laporan bertulis aku pasal kes tu.
Malangnya laporan aku tu x dpt nak menyokong bahawa saper yg bersalah dlm kes ni sbb takder bukti yg kukuh. Screenshot pun aku x amik masa tu. Nates ada bg tau nak amik tindakan tp senyap sampai skang. Suspek tu pun masih berada kat dlm leg tgh bersuka ria. Aku kecewa dan aper yg pasti bdk tu adalah kawan2 Nates yg slalu lepak kat cc dia. Patut lar pun...
Chapter 4:
o.k! Lupakan pasal kes tu dan berbalik kpd citer zaman dulu2...Kitorang dulu main JO waktu tu top up ep GM lom kuarkan lg. So nak ep kitorang tiap2 hari kena hunt bila msk time PJ. Tempat favourite kitorang hunt ep ialah kat Misty Marsh. Byk gak arr ep drop time dulu. Kalau 2 jam waktu PJ leh kumpul dekat 100ep, lebih pun boleh. Tp skang drop ep ntah aper2 ntah. Takder mood nak hunt dah. Lg best time tu kat Cronus, MistyMarsh ngan GobiDesert leh main pk. Aku ingat lg gAnDaLf_GrEy kena pk ngan Nates kat Misty Marsh masa tgh hunt EP. Haha...kelakar tul...Susah gak nak hidup kat JO waktu zaman dulu2. Kuar dr pintu Market masuk jer kat Cronus terbaring kena thunder. Sakit jiwa dibuatnya. Huhu...
O.k sampai sini dulu. x berapa ingat aper yg berlaku waktu leg ni masih noob lg. Aku akan post lagi aper2 yg berkaitan ngan leg ni. Setiap post pun aku akan update gak. Tq...

Carta Organisasi

Anouncements
-Kepada semua ahli2 CrimsonExiles server Tun Ali, jadilah follower kat blog ni. Bekas ahli pun dialu-alukan.
-Jgn lupa add kat member2 punya Friendster ngan Myspace.
-Ada apa2 komen atau cadangan utk blog ni sila msg aku.
-Leh antar msg kat fs, ms, ym, emel, atau dlm game. Emel aku r_rina_kok@yahoo.com
-Leh pm aku dlm game, name character R-King / R-Queen / KaRaS.
-Saper2 nak hantar post kat blog ni, jadi follower kat blog ni pastu bg aku emel korang dan aku akan lantik korang jadi authors.
Saturday, June 6, 2009
Kisah CrimsonExiles
Posted by R-King at 11:54 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

Create a MySpace Playlist at MixPod.com
10 comments:
tanyer sket doh!
leg CrimsonExiles ... nie tubuhkan bape ari bulan erk?
X pasti ler tarikh tepat leg ni ditubuhkan. cuba try tanya Nates doh! Lg satu, kamu ni saper eh wahai Jejaka...???
wahaha,xkan xkenal ako nie doh!
org yg setia pada CrimsonExiles,,huhu
Harap maaf...tiada ahli yg bernama Jejaka-JO di dlm senarai2 nama ahli2 leg CE. Saya sudah check. Sila gunakan nama betul anda utk mengelakkan berlaku sebarang kekeliruan. Tp apa pun trademark "doh!" yg awak gunakan menunjukkan yg awak ni mmg seorang ahli yg lama didalam leg ini dan mengenali saya. Terima Kasih...
R-King,ko still maen JO smpai skrg ke..aku dh lame x nmpk ko..otai2 pon dh berkurang,keasyikan JO tun ali smakin muram..
xtales<---sape plok nih.....
Adess...x perasan lak aku komen xtales tu. Hehe...still main lg. Ni mesti dak Extinction ni...
king.............wakakakka im back here
cakk baaa....salam terhormat buat rakan2 ku sekalian...cayalah leg CE nih..berjiwa besar..aku sokong tu...x sia2 aku bersekutu ngn korang sume..tp yg pling best skali..nama aku naik gak...siap nk hunt aku lg msa tu yerk..xpe..aku hargai saat2 ngn korang dulu...pape pun...CE Boleh..!!! ( X-BIOWARRIOR)
cakk baa...!!!Hidup CE..x sia2 aku bersekutu ngn korang tau...Nates dh lma hilang..terasa gak kehilangan korang sume nih..tp pling syahdu ialah operasi memburu aku ..naik nama aku gak yerk masa tu..huhutp pape pun...aku x amek hati..sbb korang tetap kawan aku...n then...aku ada cadangan..jom buat reunion utk player JO sekitar Kuala Lumpur..senang kata player zaman server Kuala Lumpur lg..ada ok x.
Post a Comment